Arahan : Baca sajak di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kuiz Sajak - Cinta ( Awang Abdullah )
Aku cinta padamuwahai laut yang bergelora
kerana aku bisa belajar
menjadi seorang jejaka
yang tabah menerima cabaran.
Aku cinta padamu
wahai langit yang luas
kerana aku bisa terbang bebas
menjelajah dunia saujana
antara batas dan tradisi.
Aku cinta padamu
wahai gunung yang tinggi
kerana aku bisa menjadi
seorang pendaki gagah
yang tidak cepat menyerah kalah.