Citra
Citra samalah maksudnya dengan imej. Secara ringkasnya ia bermakna gambaran.
Citra dibina dalam karya sastera seumpama sajak.
Ia digunakan untuk menyampaikan maksud penyajak.
Contohnya : ( sajak Rama-Rama)
Dalam aku terbang
dari bunga ke bunga
tak kuduga
betapa
daun-daun gugur
dan menimpaku
di sini ketentuan
suatu waktu
di rumput ini
terkapar aku

Perlambangan/Imejan
Imejan bermaksud “penggunaan perkataan lain yang mempunyai maksud berlainan”.
contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda ~
Contoh:
Dia masih hijau ketika tanah airnya diserang penjajah. (muda)
ii. Dia tahu, dirinya sudah menghampiri senja. (tua)
iii. Adakah merpati akan menjenguk daerahku yang penuh kesengsaraan ini. (kedamaian/ kemerdekaan)
senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda
Contoh:
ii. Dia tahu, dirinya sudah menghampiri senja. (tua)
iii. Adakah merpati akan menjenguk daerahku yang penuh kesengsaraan ini. (kedamaian/ kemerdekaan)
Hiperbola
Hiperbola merupakan gaya bahasa puisi yang pemilihan perkataannya membawakan pernyataan yang berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenar.
Penggunaan gaya ini bertujuan untuk menekankan sesuatu pandangan, perasaan dan pemikiran.
Penyajak lazimnya mahu menerangkan sesuatu sehingga orang lain bersetuju dan bertujuan untuk mempengaruhi pembaca.
Contohnya; dalam petikan puisi " Erang (2)" karya Azmi Yusoff
mengais impian hanyir
segenap ceruk kota
menyudu igauan hancing
di setiap pelosok bandar raya