Puisi
Puisi ialah karangan berangkap yang mengutarakan pemikiran dengan bahasa yang indah.
Puisi dicipta dengan menggunakan unsur-unsur irama, rima, penyusunan baris & rangkap.
Ada dua bahagian puisi iaitu puisi tradisional & puisi moden.
Dalam konteks hari ini orang menamakan sajak sebagai puisi juga. Sebenarnya, mereka menyebut puisi sebagai singkatan daripada kata puisi moden. Puisi sebenarnya meliputi pantun, syair gurindam, seloka dan beberapa lagi. Ini dikatakan puisi tradisonal atau lama. Manakala, puisi moden pula ialah sajak.

SAJAK
Sajak merupakan salah satu genre kesusasteraan moden yang popular. Genre kesusasteraan moden yang lain ialah cerpen, novel dan drama.
Sajak tergolong dalam kategori hasil penulisan kreatif. Sajak dihasilkan melalui gemblengan daya fikir dan sensitiviti pengarang. Pengarang sajak dipanggil penyajak.