Nada
Tinggi atau rendahnya tekanan suara. Nada digunakan apabila membicarakan sikap penyajak terhadap objek yang dijadikan tumpuan perhatiannya.
Oleh itu, di dalamnya tergambar suasana hati penyair. Nada terdiri daripada beberapa jenis antaranya
a) melankolik
b) patriotik
c) protes
d) romantik
e) sinis
Oleh itu, di dalamnya tergambar suasana hati penyair. Nada terdiri daripada beberapa jenis antaranya
a) melankolik
b) patriotik
c) protes
d) romantik
e) sinis
Melankolik
Nada atau suasana yang terpancar daripada sesebuah puisi seperti nada murung, hiba dan sayu.
Nada dan suasana ini lebih senang ditanggap oleh khalayak pendengar apabila sesebuah puisi yang mengandungi unsur-unsur tersebut dideklamasikan.
Contohnya dalam puisi " Hikayat Malim Deman " yang bernada sayu dapat dirasakan dari pantun di bawah.
Ada kain songket permata
Tenun Puteri Galuh Kencana
Ada lain buangkan beta
Kerana beta dagang yang hina.

Romantik
Perihal suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara yang rendah dan perlahan.
Puisi ditujukan kepada karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata dan cenderung kepada keagungan perasaan dan kecantikan.
Puisi ditujukan kepada karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata dan cenderung kepada keagungan perasaan dan kecantikan.