Jenis-Jenis Kata
a) Kata Denotatif
b) Kata Konotatif
b) Kata Konotatif
Kata Denotatif
Kata Denotatif bermaksud kata rujukan kamus. Ertinya, kata yang digunakan boleh terus dirujuk maksudnya kerana kata itu ada diterangkan dalam kamus.
Contohnya
Aku ke halaman
memetik bunga
ia baru berkembang berseri sekali
ku petik sekuntum
berwarna merah
mekar indah
kusuka bunga
kerana ia memberiku
ketenangan jiwa.
Apabila penyajak menyebut "bunga" , "bunga berkembang" atau "mekar indah", penyajak merujuk kepada bunga sebenar yang maknanya terdapat dalam kamus.
Kata Konotatif
Ia merupakan kata kiasan, perlambangan dan perbandingan. Kata konotatif bukan kata rujukan terus daripada kamus.
Contoh:
Kata senja dalam Kamus Dewan Bahasa membawa maksud waktu matahari hampir terbenam.
Jika ditulis satu ungkapan yang berbunyi " usiaku sudah senja" ia membawa maksud yang berlainan dan merujuk kepada usia yang sudah lewat atau tua.

Diksi
Diksi bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh penyajak dalam karyanya.
Ini termasuklah sifat perkataan tersebut seperti denotatif, konotatif, bahasa kiasan, perkataan yang yang menggunakan imbuhan dan sebagainya.
Diksi yang baik sewajarnya memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar atau amanat.

Amanat
Pesan yang disampai oleh penyajak kepada khalayak.
Lazimnya dalam puisi tradisional seperti pantun.
Amanat ini disampaikan secara tersurat dalam puisi model lebih banyak secara tersirat.
Lazimnya dalam puisi tradisional seperti pantun.
Amanat ini disampaikan secara tersurat dalam puisi model lebih banyak secara tersirat.