Simile
Simile ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan jelas.
Ini kerana perbandingan itu menggunakan kata-kata tertentu iaitu seperti, umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya.
Contohnya :
halus bagai jari-jari perawan
bagai kayu buruk
seperti bunga raya yang baharu kembang rupanya

Personifikasi
Personifikasi juga dikenali sebagai perorangan atau penginsanan.
Penyajak memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak-tanduk kepada benda-benda maujud, binatang, idea atau hal-hal yang lebih abstrak.
Contohnya :
sepi menggigit
rindu melambai
rahang laut menganga

Metafora
Metafora merupakan penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan.
Sesuatu objek diberikan sifat secara perbandingan atau secara kiasan.
Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapa dan biasanya terdiri daripada dua perkataan.
Satu daripada perkataan itu bersifat konkrit (nyata) dan menjadi objek umum untuk difikirkan.
Satu perkataan lagi bersifat abstrak, (tidak nyata) yang menjadi pembanding.
Contohnya : ( petikan - " Ke Pelabuhan Jauh " karya A. Wahab Ali )
perahu waktu
di laut umur
Perbandingan itu dilakukan secara terus langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, umpama, bagai, bak, ibarat dan sebagainya.
Contoh metafora yang lain ialah :
sungai kehidupan padang perjuangan hutam pencarian
danau rindu darah patriotisme jalan pertemuan
genggam kasih tebing lalu-lalang lumpur sungai manusia