STRUKTUR SAJAK
Ada tiga struktur yang membentuk sajak. Iaitu isi, bentuk dan bahasa.
Isi
Isi sajak ialah perkara yang diketengahkan oleh penyajak melalui karyanya. Ada juga orang yang mengatakan bahawa ia perkara yang diangkat dalam karya.
Isi dalam sajak berupa idea. Ia merupakan cetusan fikiran yang terhasil dalam fikiran seseorang.
Idea yang tercetus bukan sahaja terhasil daripada kesan fikiran namun meliputi pemerhatian dan didorang oleh perasaan.

Bentuk
Binaan luaran yang boleh dilihat atau dikenal dengan luas dan mudah pada sesebuah puisi. Binaan tersebut ialah jumlah baris dalam satu bait atau rangkap, jumlah perkataan dan suku kata dalam baris dan susunan bunyi di hujung baris-barisnya.
Jenis-jenis bentuk sajak ;
a) Quintain ( 5 baris serangkap )
b) Sestet ( 6 baris serangkap )
c) Septet ( 7 baris serangkap )
d) Oktaf ( 8 baris serangkap )
e) Soneta ( 14 baris serangkap )
Jenis-jenis bentuk sajak ;
a) Quintain ( 5 baris serangkap )
b) Sestet ( 6 baris serangkap )
c) Septet ( 7 baris serangkap )
d) Oktaf ( 8 baris serangkap )
e) Soneta ( 14 baris serangkap )
Bahasa
Bahasa berkait rapat dengan gaya bahasa. Gaya bahasa ialah isitilah untuk merujuk kepada cara penggunaan bahasa dalam sajak.
Bahasa dalam sajak berbeza daripada bahasa dalam karya naratif. Jika dalam karya naratif, sebagai contoh ,ayat-ayat yang digunakan merupakan ayat-ayat yang gramatis, baris-baris dalam sajak tidak menunjukkan ciri-ciri ayat yang lengkap.
Makan dapat dikatakan bahawa penggunaan bahasa dalam sajak mempunyai gaya tersendiri dan unik sifatnya.