Arahan : Baca sajak di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kuiz Sajak - Seuntai Kata Untuk Dirasa ( A. Samad Said)
Panas usah membakar dadasuara usah menggegar sahaja
kalau benar membawa cita
di dalam senyap kumpulkan tenaga.
Ayam bertelur sekampung tahu
mengapa mesti kita begitu?
falsafah ubi diam berisi
mengapa tidak kita turuti?
Sekarang singkirkan semua bicara
sekarang kumpulkan tenaga raksasa
tiba saat berbunga merah
serentak mara kita bersama.